MAJLIS RAMAH MESRA MPP ZON 16 BERSAMA KARIAH PANGSAPURI SRI MELEWAR



Majlis Ramah Mesra MPP Zon 16 Bersama Kariah Pangsapuri Sri Melewar telah diadakan pada 18 Februari 2010(Khamis) bersamaan 4 Rabiulawwal 1431 H bertempat di Surau Al Hidayah. Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan Yaasin, Tahlil, solat Isyaq berjemaah dan berakhir dengan jamuan makan.

Pengerusi MPP Zon 16. Tuan Ir Izham Hashim bersama isteri telah meluangkan masa hadir dalam majlis tersebut. Beliau turut menyampaikan ucapan dan taklimat ringkas berkaitan dengan pembangunan, aktiviti dan perancangan yang melibatkan kawasan Seksyen U1 dan U2 khususnya yang berkaitan dengan Pangsapuri Sri Melewar. Harapan beliau agar penduduk dapat memberikan kerasama yang baik demi memastikan nasib mereka terbela.




Majlis berakhir pada jam 9.45malam. Ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh kariah Pangsapuri Sri Melewar yang terlibat khasnya Jawatankuasa Surau Al Hidayah serta wakil MPP Zon 16 yang bertungkus lumus bagi menjayakan Majlis ini.




Barokallahufiq...


JOM MAIN BADMINTON BERSAMA PENGERUSI MPP ZON 16!


KEPADA WARGA GLENMARIE DAN TTDI JAYA YANG BERKELAPANGAN, JOM RIADAH MALAM........


MPP ZON 16 telah menganjurkan satu aktiviti mingguan khas sejak 2009 untuk semua penduduk Seksyen U1 dan U2 beriadah bersama- sama dengan Pengerusi MPP Zon 16, TUAN IR IZHAM BIN HASHIM. Gelanggang Badminton A dan B telah ditempah khas untuk seiapa sahaja yang ingin datang bermain badminton. Aktiviti ini diadakan pada setiap hari Selasa, 9.00-11.00malam.


Jom sertai dan semoga hubungan antara kita akan terjalin lebih erat.


PUSAT TUISYEN KOMUNITI MPP ZON 16



PENDAFTARAN DIBUKA KEPADA PELAJAR YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR DAN UPSR PADA TAHUN 2010

KELAS PADA SETIAP HARI ISNIN DAN SELASA (8.00 malam - 10.00 malam)

MATA PELAJARAN : BM, BI, MATEMATIK DAN SAINS

Sebarang Pertanyaan, sila hubungi 03 78468975 @ 013 2162031 (SITI)

DAFTAR SEGERA.......!!!

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP PeBT ZON 16


Terbuka kepada semua penduduk Seksyen U1 dan U2 yang berumur 16-35 tahun.

16/01/2010 - kategori wanita
17/01/2010 - kategori lelaki

Hubungi syuhada 0132128902 @ najib 0123051917

Daftar segera!!!

Kejohanan Futsal Tertutup MPP Zon 16


MPP Zon 16 akan menganjurkan kejohanan Futsal tertutup bagi pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah yang tinggal di sekitar TTDI Jaya dan Glenmarie mulai 23 November 2009 dan akan berakhir pada 23 Disember 2009

Powered by Blogger