Kejohanan Futsal Tertutup MPP Zon 16


MPP Zon 16 akan menganjurkan kejohanan Futsal tertutup bagi pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah yang tinggal di sekitar TTDI Jaya dan Glenmarie mulai 23 November 2009 dan akan berakhir pada 23 Disember 2009

Selamat Datang ke Buletin MPP Zon 16

Selamat datang, welcome, marhaban, mabuhay, sawadikaap dan apa saja bahasa yang dipertuturkan adalah mukadimah pertemuan kita di dunia siber MPP Zon 16. Saya selaku Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon 16 MBSA (MPP Zon 16) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan tuan-tuan dan puan-puan ke Buletin MPP Zon 16, Berita dan Cetusan Rasa Penduduk Glenmarie (U1) dan TTDI Jaya (U2) Shah Alam, zon yang kita sayangi. InsyAllah, melalui media ini kita akan memaklumkan kepada anda semua segala perkara yang berlaku berkaitan dengan Zon 16. Dalam masa yang sama, saya amat mengharapkan kerjasama anda dalam memberi maklumbalas atas apa jua topik untuk manfaat kita bersama.



Kita ada ribuan perkara untuk dibuat dan marilah kita mulakan segala kerja kita dengan meletakkan niat yang ikhlas kerana Allah dan kebajikan rakyat .........












Powered by Blogger