MAJLIS RAMAH MESRA MPP ZON 16 BERSAMA KARIAH PANGSAPURI SRI MELEWAR



Majlis Ramah Mesra MPP Zon 16 Bersama Kariah Pangsapuri Sri Melewar telah diadakan pada 18 Februari 2010(Khamis) bersamaan 4 Rabiulawwal 1431 H bertempat di Surau Al Hidayah. Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan Yaasin, Tahlil, solat Isyaq berjemaah dan berakhir dengan jamuan makan.

Pengerusi MPP Zon 16. Tuan Ir Izham Hashim bersama isteri telah meluangkan masa hadir dalam majlis tersebut. Beliau turut menyampaikan ucapan dan taklimat ringkas berkaitan dengan pembangunan, aktiviti dan perancangan yang melibatkan kawasan Seksyen U1 dan U2 khususnya yang berkaitan dengan Pangsapuri Sri Melewar. Harapan beliau agar penduduk dapat memberikan kerasama yang baik demi memastikan nasib mereka terbela.




Majlis berakhir pada jam 9.45malam. Ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh kariah Pangsapuri Sri Melewar yang terlibat khasnya Jawatankuasa Surau Al Hidayah serta wakil MPP Zon 16 yang bertungkus lumus bagi menjayakan Majlis ini.




Barokallahufiq...


0 Response to "MAJLIS RAMAH MESRA MPP ZON 16 BERSAMA KARIAH PANGSAPURI SRI MELEWAR"

Post a Comment

Powered by Blogger