PROGRAM TANAM POKOK DI MPP ZON 16



Semua warga Seksyen U1 dan U2 dijemput beramai2 untuk memeriahkan Program Tanam Pokok anjuran MBSA dan MPP Zon 16 pada:

Tarikh : 30 Mei 2010 ( Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Sekitar Gelanggang Futsal Taman TTDI Jaya, Seksyen U2, Shah Alam

Sama- sama kita indahkan kawasan kita dengan kepelbagaian pokok- pokok yang menarik.


Sempena menyambut Hari Bandaraya Shah Alam ke 10 pada 10/10/10 ini, MBSA dengan kerjasama beberapa pihak telah menganjurkan Kejohanan Sukan MPP / PeBT MBSA 2010.
Ia terbuka kepada semua yang menetap,bekerja atau belajar di Shah Alam.
Penyertaan pasukan adalah mengikut zon MPP/ PeBT masing2(24 Zon) diseluruh Shah Alam.

Berikut adalah maklumat acara sukan yang dipertandingkan:

1. Badminton (Lelaki, Wanita dan Veteran) - 5 hingga 6 Jun 2010
Sepak Takraw ( Remaja, Belia dan Veteran) - 5 hingga 6 Jun 2010

2. Dam Aji ( Terbuka) - 10 hingga 11 Julai 2010
Catur ( Terbuka) - 10 hingga 11 Julai 2010
Bola Jaring (Terbuka - Wanita) - 10 hingga 11 Julai 2010
Tarik tali (Terbuka - lelaki) - 10 hingga 11 Julai 2010

3. Futsal ( Lelaki dan Wanita) - 23 hingga 24 Okt 2010

Acara penutup - 24 Oktober 2010

Jom Penduduk Seksyen U1 dan U2, wakili MPP dan PeBT Zon 16…
Pastikan kita JUARA!!!

Sebarang pertanyaan, hubungi :
Zul : 019 977 3736
Siti : 013 216 2031

PERTANDINGAN BADMINTON PERSAHABATAN ANTARA TAMAN TTDI JAYA DENGAN TAMAN BUKIT SUBANG

MAJLIS RAMAH MESRA MPP ZON 16 BERSAMA KARIAH PANGSAPURI SRI MELEWAR



Majlis Ramah Mesra MPP Zon 16 Bersama Kariah Pangsapuri Sri Melewar telah diadakan pada 18 Februari 2010(Khamis) bersamaan 4 Rabiulawwal 1431 H bertempat di Surau Al Hidayah. Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan Yaasin, Tahlil, solat Isyaq berjemaah dan berakhir dengan jamuan makan.

Pengerusi MPP Zon 16. Tuan Ir Izham Hashim bersama isteri telah meluangkan masa hadir dalam majlis tersebut. Beliau turut menyampaikan ucapan dan taklimat ringkas berkaitan dengan pembangunan, aktiviti dan perancangan yang melibatkan kawasan Seksyen U1 dan U2 khususnya yang berkaitan dengan Pangsapuri Sri Melewar. Harapan beliau agar penduduk dapat memberikan kerasama yang baik demi memastikan nasib mereka terbela.




Majlis berakhir pada jam 9.45malam. Ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh kariah Pangsapuri Sri Melewar yang terlibat khasnya Jawatankuasa Surau Al Hidayah serta wakil MPP Zon 16 yang bertungkus lumus bagi menjayakan Majlis ini.




Barokallahufiq...


JOM MAIN BADMINTON BERSAMA PENGERUSI MPP ZON 16!


KEPADA WARGA GLENMARIE DAN TTDI JAYA YANG BERKELAPANGAN, JOM RIADAH MALAM........


MPP ZON 16 telah menganjurkan satu aktiviti mingguan khas sejak 2009 untuk semua penduduk Seksyen U1 dan U2 beriadah bersama- sama dengan Pengerusi MPP Zon 16, TUAN IR IZHAM BIN HASHIM. Gelanggang Badminton A dan B telah ditempah khas untuk seiapa sahaja yang ingin datang bermain badminton. Aktiviti ini diadakan pada setiap hari Selasa, 9.00-11.00malam.


Jom sertai dan semoga hubungan antara kita akan terjalin lebih erat.


Powered by Blogger