MAJLIS RAMAH MESRA MPP ZON 16 BERSAMA KARIAH PANGSAPURI SRI MELEWAR



Majlis Ramah Mesra MPP Zon 16 Bersama Kariah Pangsapuri Sri Melewar telah diadakan pada 18 Februari 2010(Khamis) bersamaan 4 Rabiulawwal 1431 H bertempat di Surau Al Hidayah. Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan Yaasin, Tahlil, solat Isyaq berjemaah dan berakhir dengan jamuan makan.

Pengerusi MPP Zon 16. Tuan Ir Izham Hashim bersama isteri telah meluangkan masa hadir dalam majlis tersebut. Beliau turut menyampaikan ucapan dan taklimat ringkas berkaitan dengan pembangunan, aktiviti dan perancangan yang melibatkan kawasan Seksyen U1 dan U2 khususnya yang berkaitan dengan Pangsapuri Sri Melewar. Harapan beliau agar penduduk dapat memberikan kerasama yang baik demi memastikan nasib mereka terbela.




Majlis berakhir pada jam 9.45malam. Ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh kariah Pangsapuri Sri Melewar yang terlibat khasnya Jawatankuasa Surau Al Hidayah serta wakil MPP Zon 16 yang bertungkus lumus bagi menjayakan Majlis ini.




Barokallahufiq...


JOM MAIN BADMINTON BERSAMA PENGERUSI MPP ZON 16!


KEPADA WARGA GLENMARIE DAN TTDI JAYA YANG BERKELAPANGAN, JOM RIADAH MALAM........


MPP ZON 16 telah menganjurkan satu aktiviti mingguan khas sejak 2009 untuk semua penduduk Seksyen U1 dan U2 beriadah bersama- sama dengan Pengerusi MPP Zon 16, TUAN IR IZHAM BIN HASHIM. Gelanggang Badminton A dan B telah ditempah khas untuk seiapa sahaja yang ingin datang bermain badminton. Aktiviti ini diadakan pada setiap hari Selasa, 9.00-11.00malam.


Jom sertai dan semoga hubungan antara kita akan terjalin lebih erat.


Powered by Blogger